mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JANUARI : CYBERSECURITY -ANCAMAN SIBER DALAM DUNIA DIGITAL

Aktiviti / ProgramCybersecurity – Ancaman Siber Dalam Dunia Digital
Tarikh09 Januari 2026
Masa3.00 Petang – 4.30 Petang
PesertaPelajar Sekolah Rendah & Menengah

Objektif :

Webinar “CYBERSECURITY – ANCAMAN SIBER DALAM DUNIA DIGITAL” ini membincangkan tentang ancaman siber dalam dunia digital dan kepentingan menjaga keselamatan dalam talian. Peserta akan mempelajari langkah-langkah untuk melindungi data peribadi dan meningkatkan kesedaran terhadap risiko yang wujud dalam penggunaan teknologi moden.

Aktiviti :

Aktiviti webinar “CYBERSECURITY – ANCAMAN SIBER DALAM DUNIA DIGITAL” merangkumi beberapa aktiviti pendedahan peserta kepada jenis-jenis ancaman siber seperti phishing, malware dan ransomware melalui pembentangan penceramah. Aktiviti yang lain termasuk demonstrasi kajian kes, sesi soal jawab interaktif, serta kuiz ringkas untuk mengukuhkan pemahaman. Peserta juga diberikan tips praktikal dan panduan keselamatan siber, selain bahan rujukan tambahan bagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran mereka dalam melindungi diri dalam dunia digital.

Gambar Aktiviti FOTO JANUARI : CYBERSECURITY -ANCAMAN SIBER DALAM DUNIA DIGITAL