mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JANUARI : DILEA: OPEN TUITION (MATEMATIK TINGKATAN 2)

Aktiviti / ProgramOPEN TUITION (MATEMATIK TINGKATAN 2)
Tarikh05 JANUARI 2026
Masa3.30 petang – 4.30 petang
PesertaPelajar Sekolah Menengah

Objektif Pelaksanaan : 

Program “DILEA: Open Tuition (Matematik Tingkatan 2)” dilaksanakan dengan tujuan utama untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman mereka terhadap mata pelajaran Matematik selaras dengan silibus Tingkatan 2. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari topik-topik Matematik dengan lebih terperinci melalui penerangan yang jelas, latihan berfokus serta sesi soal jawab yang interaktif. Di samping itu, DILEA: Open Tuition juga bertujuan untuk menyediakan akses pembelajaran tambahan secara percuma dan terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang. Hal ini secara tidak langsung dapat merapatkan jurang pendidikan serta memastikan setiap pelajar mempunyai peluang yang sama untuk berjaya dalam pembelajaran Matematik.

Aktiviti :

Aktiviti yang dijalankan dalam “Program DILEA: Open Tuition (Matematik Tingkatan 2)” merangkumi sesi pengajaran dan pembelajaran secara interaktif oleh tutor, latihan dan latih tubi soalan Matematik, sesi soal jawab bagi meningkatkan kefahaman pelajar, serta penggunaan bahan pembelajaran digital seperti nota dan slaid melalui platform DILEA.

Gambar Aktiviti : FOTO JANUARI : DILEA: OPEN TUITION (MATEMATIK TINGKATAN 2)