| Aktiviti / Program | WEBINAR BERKALA SAINS EDISI 1 (RESPIRASI) |
| Tarikh | 03 JANUARI 2026 |
| Masa | 2.30 petang – 4.30 petang |
| Peserta | Pelajar Sekolah Menengah |
Objektif Pelaksanaan :
Objektif Webinar Berkala Sains Edisi 1 (Respirasi) diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman pelajar mengenai proses respirasi dalam sistem pernafasan manusia. Melalui webinar ini, pelajar dapat memahami fungsi organ-organ pernafasan serta kepentingannya dalam memastikan tubuh badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Selain itu, webinar ini juga membantu pelajar menguasai konsep respirasi dengan lebih jelas melalui penerangan dan perbincangan yang sistematik. Penganjuran program ini turut bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap subjek Sains serta menggalakkan mereka berfikir secara kritis dan aktif bertanya soalan sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.
Aktiviti :
Webinar Berkala Sains Edisi 1 (Respirasi), pelbagai aktiviti pembelajaran telah dijalankan bagi memastikan pelajar memahami topik respirasi dengan lebih berkesan. Webinar dimulakan dengan sesi penerangan oleh penceramah mengenai konsep asas respirasi dan fungsi sistem pernafasan manusia. Seterusnya, pelajar didedahkan dengan tayangan slaid dan video pembelajaran bagi membantu mereka memahami proses respirasi secara visual. Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan dan berkongsi pandangan. Aktiviti kuiz interaktif juga dijalankan untuk menguji tahap kefahaman pelajar terhadap topik yang dibincangkan. Di akhir webinar, penceramah membuat rumusan keseluruhan pembelajaran bagi mengukuhkan lagi pemahaman pelajar.
Gambar Aktiviti Disini : FOTO JANUARI : WEBINAR BERKALA SAINS EDISI 1 (RESPIRASI)