mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JANUARI : ESPORT: ETIKA & SIKAP PEMAIN E-SUKAN

Aktiviti / ProgramESPORT: ETIKA & SIKAP PEMAIN E-SUKAN
Tarikh18 Januari 2026
Masa4.00 Petang – 4.30 Petang
PesertaPelajar Sekolah Rendah & Menengah

Objektif :

Video “ESPORT: Etika & Sikap Pemain E-Sukan” diadakan untuk membentuk pemain e-sukan yang berdisiplin, beretika dan profesional dalam persekitaran permainan digital. Program ini bertujuan mendidik pemain supaya mengamalkan sikap saling menghormati, mematuhi peraturan permainan, mengawal emosi semasa bertanding serta mengelakkan tingkah laku negatif seperti bahasa kesat, penipuan dan buli siber. Selain itu, objektifnya juga untuk meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sosial, semangat kesukanan, kerja berpasukan dan penggunaan teknologi secara sihat serta berhemah dalam dunia e-sukan.

Aktiviti :

Aktiviti yang dijalankan dalam “ESPORT: Etika & Sikap Pemain E-Sukan” berfokus kepada tontonan video kesedaran serta perbincangan ringkas bersama peserta mengenai mesej utama yang diperoleh daripada video tersebut. Program ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan menggalakkan amalan sikap saling menghormati, mematuhi peraturan permainan, mengawal emosi semasa bertanding serta mengelakkan tingkah laku negatif seperti bahasa kesat, penipuan dan buli siber

Gambar Aktiviti : FOTO JANUARI : ESPORT: ETIKA & SIKAP PEMAIN E-SUKAN