mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JANUARI : KIDVENTURE -VIDEO PEMBELAJARAN (PELAN PERNIAGAAN MINI 1: RANCANGAN PERNIAGAAN DENGAN BMC)

Aktiviti / ProgramKidventure – Video Pembelajaran (Pelan Perniagaan Mini 1: Rancangan Perniagaan Dengan BMC
Tarikh18 Januari 2026
Masa3.00 Petang – 4.00 Petang
PesertaPelajar Sekolah Rendah & Menengah

Objektif :

Webinar “KIDVENTURE – VIDEO PEMBELAJARAN (PELAN PERNIAGAAN MINI 1: RANCANGAN PERNIAGAAN DENGAN BMC)” bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep dan fungsi BMC sebagai alat perancangan perniagaan yang ringkas dan sistematik. Melalui video ini, peserta dapat memahami sembilan komponen utama BMC serta mengaplikasikannya dalam membangunkan idea perniagaan menjadi satu pelan perniagaan mini yang tersusun, sekali gus membantu meningkatkan kemahiran berfikir secara strategik dalam mengenal pasti pelanggan sasaran, nilai tawaran, kos dan sumber pendapatan sebagai persediaan memulakan atau menambah baik perniagaan.

Aktiviti :

Aktiviti webinar “KIDVENTURE – VIDEO PEMBELAJARAN (PELAN PERNIAGAAN MINI 1: RANCANGAN PERNIAGAAN DENGAN BMC)” merangkumi beberapa aktiviti seperti penerangan ringkas mengenai konsep Business Model Canvas (BMC), penjelasan setiap sembilan komponen BMC, contoh pengisian BMC berdasarkan idea perniagaan mudah, serta latihan ringkas yang membimbing peserta membina pelan perniagaan mini secara langkah demi langkah.

Gambar Aktiviti FOTO JANUARI : KIDVENTURE -VIDEO PEMBELAJARAN (PELAN PERNIAGAAN MINI 1: RANCANGAN PERNIAGAAN DENGAN BMC)