LAPORAN JULAI : TINY TECHIES- ANIMASI DALAM PYTHON SIRI 4
| Aktiviti / Program | Tiny Techies -Animasi Dalam Python Siri 4 |
| Tarikh | 18 Julai 2026 |
| Masa | 02.00 Petang – 3.00 Petang |
| Peserta | Pelajar Sekolah Menengah & Rendah |
Objektif Pelaksanaan :
Program “Tiny Techies – Animasi Dalam Python Siri 4” bertujuan memperkukuhkan kemahiran asas pengaturcaraan Python dalam kalangan pelajar melalui pembinaan animasi yang kreatif dan interaktif. Program ini membantu peserta memahami penggunaan kod, logik pengaturcaraan serta menggalakkan pemikiran komputasional, kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam pembangunan projek digital.
Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan dalam “Tiny Techies – Animasi Dalam Python Siri 4″ merangkumi penerangan konsep pengaturcaraan Python, penghasilan animasi menggunakan kod, pengubahsuaian objek dan pergerakan animasi, serta latihan membina projek ringkas. Peserta turut menjalankan aktiviti pengujian kod (debugging), memperbaiki kesilapan program dan berkongsi hasil animasi yang telah dibangunkan sepanjang sesi.
Gambar Aktiviti : FOTO JULAI : TINY TECHIES- ANIMASI DALAM PYTHON SIRI 4