Aktiviti / Program | WEBINAR MATEMATIK EDISI 2 |
Tarikh | 21 Jun 2025 |
Masa | 2.30 petang – 4.30 petang |
Peserta | Pelajar Tingkatan 4 & 5 |
Objektif :
Webinar ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami format soalan SPM terkini merangkumi Kertas 1 (objektif) dan Kertas 2 (struktur dan subjektif), termasuk soalan KBAT. Peserta juga akan didedahkan dengan teknik menjawab soalan secara berkesan melalui strategi penyelesaian, penggunaan formula yang tepat, dan pengurusan masa. Melalui pendekatan yang mudah difahami dan latihan praktikal, webinar ini turut meningkatkan keyakinan dan kemahiran pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Aktiviti :
Aktiviti pelaksanaan webinar merangkumi sesi pengenalan format terkini SPM, penerangan teknik menjawab soalan dengan berkesan, serta latihan menjawab soalan sebenar bersama perbincangan. Peserta turut menjalani kuiz pra dan pasca webinar bagi mengukur tahap kefahaman, di samping sesi soal jawab interaktif untuk memperkukuh penguasaan mereka terhadap strategi menjawab soalan SPM.
Gambar Aktiviti Disini : FOTO JUN : NADI x DILEA (WEBINAR BERKALA MATEMATIK EDISI 2)