mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN KELAS JOM MAHIR POWER POINT

Aktiviti / Program

 Kelas Jom Mahir Microsoft Power Point 

Tarikh

 3 September 2017

Masa

 10.00 am – 1.00 pm

Tempat

 Bilik Latihan PI1M Bandar 32

Peserta

 10 Orang Pelajar Tingkatan 2

 

Objektif Pelaksanaan : 

Kelas ini telah diadakan bagi memahirkan para pelajar sekolah dalam menggunakan Microsoft Office Power Point dimana microsoft tersebut banyak digunakan oleh mereka untuk membuat tugasan sekolah mereka. Mereka juga diajar dengan lebih jelas tentang mencari bahan di internet untuk dimasukkan ke dalam slide mereka agar hasil slide mereka lebih mudah difahami dan lebih kemas.

Aktiviti : 

  • Pelajar diajar mencari gambar yang memenuhi kriteria seperti resolusi gambar, jenis format gambar dan mereka diterangkan secara jelas ciri-ciri untuk mendapatkan gambar yang cantik menggunakan carian di internet.
  • Pelajar juga diajar untuk mendownload & menggunakan font tersebut di dalam slide mereka bagi mendapatkan jenis tulisan yang lebih cantik dan kreatif.
  • Pelajar yang pernah menyertai kelas powerpoint sebelum ini, diberikan peluang untuk mengajar kawan-kawan mereka yang baru berdaftar dan menyertai kelas di pi1m, dimana secara tidak langsung dapat memahirkan peserta tersebut.
  • Mereka juga diajar cara untuk memasukkan lagu ke dalam slide serta menggunakan setting animation pane.

*Gambar Aktiviti Disini*