mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN : KURSUS ASAS KOMPUTER LEPASAN SPM 2019

Aktiviti / Program

Kursus Asas Komputer Lepasan SPM

Tarikh

8 – 30 Januari 2020

Masa

3.00 pm – 5.00 pm

Peserta

11 Orang Pelajar Lepasan SPM 2019

Objektif Pelaksanaan : 

Kursus Lepasan SPM ini diadakan pada setiap awal tahun dan terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM. Peserta akan diajar tentang Pengenalan kepada komputer dan cara menggunakan Microsoft Office Word, Powerpoint, Publisher, Excel, Blog dan Photoshop secara asas bagi meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menggunakan Microsoft Word. Pelajar akan diajar mengikut modul yang telah ditetapkan oleh petugas.Setelah mengikuti kelas komputer selama 2 bulan, kini semua pelajar harus melalui ujian penilaian komputer untuk memastikan mereka layak memperoleh sijil komputer. Penilaian komputer adalah berkaitan dengan kefahaman dan kemahiran mereka menggunakan Microsoft Office Word, Excel, Publisher dan Powerpoint. Mereka diberikan tugasan untuk menyiapkan semua tugasan yang diberi dengan masa yang telah ditetapkan. Dengan adanya penilaian ini, petugas dapat menilai sama ada pelajar dapat menguasai atau tidak terhadap pembelajaran sebelum ini.

Aktiviti :

Pengenalan Kepada Komputer

Taklimat dan kuiz mengenai perkasasan komputer serta latihan menaip. 

Microsoft Office Word

Silibus yang dipelajari oleh pelajar adalah seperti membuat surat rasmi, resume, iklan dan risalah perniagaan, kad perniagaan, carta organisasi, latihan equation dan buku program.

Microsofi Office Powerpoint

Bagi latihan Microsoft powerpoint pula mereka diajar cara untuk membuat hyperlink di dalam slide dan juga countdown slide.

Microsoft Office Publisher

Silibus yang dipelajari menggunakan Microsoft office publisher adalah seperti brochures dan kad kahwin

Microsoft Office Excel

Pelajar harus mebuat tugasan seperti membuat jadual kelas, belanjawan, aliran tunai dan juga graf

 

*Gambar Aktiviti Disini*