Aktiviti / Program |
Kursus Komputer Bersama Pelatih Giatmara Bandar 32 |
Tarikh |
18 Ogos 2017 |
Masa |
3.00 pm – 5.00 pm |
Tempat |
Bilik Latihan PI1M Bandar 32 |
Peserta |
15 Orang |
Objektif Pelaksanaan :
Kelas ini bertujuan untuk melatih dan mendedahkan kepada semua Pelatih Giatmara Jahitan Sesi 2/2017 tentang penggunaan komputer. Mereka diperkenalkan tentang perkakasan komputer dan manfaatnya kepada mereka serta mereka dilatih untuk memahirkan dalam menaip sekiranya menggunakan komputer menggunakan aplikasi Rapid Typing.
Aktiviti :
Diawal kelas, peserta diberi sedikit taklimat mengenai Pusat Internet 1Malaysia, memandangkan mereka semua adalah ahli yang baru berdaftar dan kebanyakkan mereka bukan komuniti sekitar Pusat Internet 1Malaysia Bandar 32. Selepas itu, mereka diperkenalkan dengan perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus, pemacu CD, CPU dan sebagainya. Mereka juga turut diberitahu tentang fungsi setiap peralatan ini. Setiap peranti input dan juga output diterangkan secara lebih jelas supaya mereka faham setiap fungsi perkakasan komputer ini. Mereka juga diterangkan oleh petugas kepentingan dan manfaat komputer dalam kehidupan masa kini. Akhir sekali, semua pelatih ditugaskan untuk menaip menggunakan aplikasi Rapid Typing yang memerlukan mereka menaip mengikut cara yang betul. Disini mereka boleh meningkatkan kemahiran dalam penggunaan keyboard dan juga tetikus serta dapat mengetahui fungsi setiap button yang terdapat pada keyboard amnya.