Aktiviti / Program |
Kursus Lepasan SPM 2019 – Microsoft Office Word |
Tarikh |
21-27 Februari 2019 |
Masa |
10.00 am – 12.00 pm |
Peserta |
Lepasan SPM Tahun 2019 ( SMK Bera Bandar 32) |
Objektif Pelaksanaan :
Kursus Lepasan SPM ini dijalankan bertujuan untuk memberikan pendedahan asas komputer kepada peserta dimana secara tidak langsung merupakan salah satu persediaan bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya.
Aktiviti :
1. PENGENALAN KEPADA KOMPUTER & PERKAKASAN KOMPUTER (TYPING)
Bagi peserta yang menyertai kursus asas komputer di Pusat Internet Bandar 32, Kelas pertama yang mereka akan pelajari adalah berkenaan dengan pengenalan kepada komputer. Selepas selesai sesi taklimat tersebut, semua peserta ditugaskan untuk membuat tugasan menaip menggunakan aplikasi Rapid Typing.
2. MICROSOFT OFFICE WORD (SURAT RASMI)
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para peserta mengenai fungsi Microsoft Word dan mengajar mereka cara untuk menghasilkan surat rasmi menggunakan format yang betul.
3. MICROSOFT OFFICE WORD (KELAS MENGHASILKAN RESUME)
Melatih para peserta untuk menghasilkan resume bagi persediaan mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak.
4. MICROSOFT OFFICE WORD (COVER PAGE & ISI KANDUNGAN)
Melalui pembelajaran cover page, mereka diajar untuk memasukkan gambar (logo) serta tulisan yang bersesuaian dan diletakkan pada posisi yang tepat. Manakala pembelajaran isi kandungan pula memahirkan mereka dalam penggunaan tetapan Table dan juga Bullets agar menghasilkan kerja yang kemas. Mereka turut diajar penggunaan Header & juga Footer.
5. LATIHAN KEUSAHAWANAN (KELAS MENGHASILKAN RISALAH PERNIAGAAN)
Berdasarkan perniagaan yang dipilih, pelajar diajar untuk menghasilkan rislah perniagaan yang menarik dan kreatif bagi tujuan pengiklanan secara manual.
6. LATIHAN KEUSAHAWANAN (MENGHASILKAN KAD PERNIAGAAN)
Peserta diajar cara untuk menghasilkan kad perniagaan menggunakan Microsoft Office Word. Ada di antara mereka yang sudah mempunyai produk sendiri dan berjaya menghasilkan kad perniagaan yang menarik dan kreatif.