mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN LATIHAN KEUSAHAWANAN BERSAMA PELATIH JAHITAN GIATMARA BANDAR 32

Aktiviti / Program

Latihan Keusahawanan Bersama Pelatih Giatmara Bandar 32

(Membuat Resume & Kad Perniagaan)

Tarikh

 8, 15 & 29 September 2017

Masa

 3.00 pm – 5.00 pm

Tempat

 Bilik Latihan PI1M Bandar 32

Peserta

 7 Orang (Kump.1) 8 Orang (Kump.2)

 

Objektif Pelaksanaan : 

Kelas ini diadakan untuk mengajar peserta berkenaan Microsoft Office Word iaitu salah satu silibus wajib di dalam Kursus ini. Modus operandi kelas ini adalah untuk meningkatkan kemahiran para peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word. Pembelajaran kali ini membantu para peserta untuk mempelajari cara membuat resume menggunakan format yang betul dan sesuai digunakan untuk memohon kerja serta menghasilkan kad perniagaan bagi tujuan kepada identiti  pengenalan perniagaan mereka.

Aktiviti :

1. KELAS MENGHASILKAN RESUME (KUMPULAN 1 & 2)

Antara maklumat penting yang harus diletakkan dalam resume tersebut seperti gambar passport, maklumat peribadi, latar belakang akademik, ko- kurikulum, pengalaman kerja, kekuatan peribadi dan sebagainya. Para pelajar harus melengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hasil resume tersebut mestilah kelihatan kemas dan teratur.   

2. LATIHAN KEUSAHAWANAN (MENGHASILKAN KAD PERNIAGAAN)

Peserta diajar cara untuk menghasilkan kad perniagaan menggunakan Microsoft Office Word. Ada di antara mereka yang sudah mempunyai produk sendiri dan berjaya menghasilkan kad perniagaan yang menarik dan kreatif.