Aktiviti / Program |
Latihan Keusahawanan (Kad Perniagaan & “Kreatif Slide”) |
Tarikh |
6, 20 & 27 Oktober 2017 |
Masa |
3.00 pm – 5.00 pm |
Tempat |
Bilik Latihan PI1M Bandar 32 |
Peserta |
7 Orang (Kump.1) 8 Orang (Kump.2) |
Objektif Pelaksanaan :
Kelas pada bulan ini, peserta dilatih untuk membuat slide menggunakan Microsoft Power Point dan kad perniagaan menggunakan Microsoft Office Word dimana kedua-duanya memberi manfaat kepada perniagaan mereka terutama dari segi pemasaran.
Aktiviti :
1. LATIHAN KEUSAHAWANAN (MENGHASILKAN KAD PERNIAGAAN)
Peserta diajar cara untuk menghasilkan kad perniagaan menggunakan Microsoft Office Word. Ada di antara mereka yang sudah mempunyai produk sendiri dan berjaya menghasilkan kad perniagaan.
2. LATIHAN KEUSAHAWANAN (MICROSOFT POWER POINT-KREATIF SLIDE)
Setelah diterangkan oleh petugas mengenai fungsi Microsoft Power Point, mereka mempelajari cara untuk menghasilkan slide persembahan mengenai pengenalan diri. Selepas itu, para pelajar harus mencari gambar yang bersesuaian untuk diletakkan pada setiap slide daripada enjin carian google. Akhir sekali, mereka diajar untuk memasukkan animation dan juga transition bagi menghasilkan slide yang menarik.