mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN MAC : KESEDARAN ESUKAN – : PERATURAN, PENALTI & FAIR PLAY DALAM MLBB

Aktiviti / ProgramKESEDARAN ESUKAN – : PERATURAN, PENALTI & FAIR PLAY DALAM MLBB
Tarikh06 Mac 2026
Masa2.30 Petang – 3.00 Petang
PesertaPelajar Sekolah Rendah & Menengah

Objektif :

Video “KESEDARAN ESUKAN – : PERATURAN, PENALTI & FAIR PLAY DALAM MLBB” ertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan mematuhi peraturan permainan serta memahami sistem penalti yang ditetapkan. Program ini juga bertujuan memupuk semangat kesukanan (fair play) dalam kalangan pemain agar sentiasa bermain secara jujur, beretika dan menghormati rakan sepasukan serta pihak lawan. Selain itu, ia membantu meningkatkan kesedaran tentang tingkah laku positif dalam permainan dalam talian serta mengelakkan unsur negatif seperti toxic, trolling dan penggunaan cheat.

Aktiviti :

Aktiviti yang dijalankan dalam “KESEDARAN ESUKAN – : PERATURAN, PENALTI & FAIR PLAY DALAM MLBB” merangkumi sesi penerangan secara interaktif berkaitan peraturan asas permainan, jenis-jenis kesalahan serta penalti yang dikenakan dalam Mobile Legends: Bang Bang. Peserta juga akan mengikuti sesi tontonan klip gameplay sebagai contoh situasi sebenar melibatkan pelanggaran peraturan dan amalan fair play. Selain itu, aktiviti kuiz interaktif turut dijalankan bagi menguji kefahaman peserta. Program ini turut diselitkan dengan perbincangan berkumpulan dan simulasi situasi dalam permainan bagi membolehkan peserta memahami cara membuat keputusan yang betul ketika bermain. Di akhir sesi, rumusan dan perkongsian tip bermain secara sihat dan profesional akan diberikan kepada semua peserta.

Gambar Aktiviti : FOTO MAC : KESEDARAN ESUKAN – : PERATURAN, PENALTI & FAIR PLAY DALAM MLBB