mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN MAC : PROGRAM BAZAR & BELAJAR @ NADI

Aktiviti / ProgramPROGRAM BAZAR & BELAJAR @ NADI
Tarikh22 Mac 2025
Masa9.30 pagi – 4.30 petang
PesertaKomuniti

Objektif Pelaksanaan : 

Program Bazar @ Belajar di NADI bertujuan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan pelajar melalui pengalaman perniagaan sebenar, menggalakkan pembelajaran secara praktikal, serta membangunkan kemahiran digital dalam transaksi jual beli. Selain itu, program ini menyemai nilai murni seperti kejujuran dan kerjasama, di samping mengukuhkan jaringan antara sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing dan berinovasi.

Aktiviti :

Sepanjang program Bazar @ Belajar di NADI, pelbagai aktiviti telah dijalankan, termasuk jualan kuih raya, preloved baju & tudung, kek, kraftangan, dan bouquet. Selain itu, kelas atas talian seperti EnterprenuerKid, EmpowerHer, Program Khas Dilea Bahasa Melayu, serta pertandingan mewarna ibu dan anak turut diadakan bagi memupuk pembelajaran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan peserta.

Gambar Aktiviti Disini : FOTO MAC : PROGRAM BAZAR & BELAJAR @ NADI