mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN MEI : NADI DILEA PROGRAM KHAS SEMINAR MOTIVASI PELAJAR EDISI 2

Aktiviti / ProgramWEBINAR MOTIVASI PELAJAR EDISI 2
Tarikh03 Mei 2025
Masa2.30 petang – 4.30 petang
PesertaPelajar Tingkatan 4 & 5

Objektif :

Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan motivasi kepada pelajar mengenai hala tuju selepas SPM serta membantu mereka memahami kaedah permohonan UPUOnline dengan menggunakan pengiraan merit, agar mereka dapat merancang masa depan akademik dan kerjaya dengan lebih yakin, terarah dan bermaklumat.

Aktiviti :

Webinar ini akan dimulakan dengan ucapan aluan dan pengenalan, diikuti dengan taklimat mengenai hala tuju selepas SPM, seterusnya perkongsian tips permohonan UPU Online dan kaedah pengiraan merit. Sesi motivasi ringkas dan perkongsian pengalaman akan dijalankan untuk memberi inspirasi kepada peserta, diikuti dengan sesi soal jawab dan diakhiri dengan penutup serta rumusan akhir.

Gambar Aktiviti Disini : FOTO MEI : NADI DILEA PROGRAM KHAS SEMINAR MOTIVASI PELAJAR EDISI 2