Aktiviti / Program |
Soft Skills – Resume |
Tarikh |
09 November 2023 |
Masa |
11.00 pagi – 1.00 petang |
Peserta |
Belia |
Objektif Pelaksanaan :
Aktiviti membuat resume ini bertujuan untuk membantu ahli PEDi Bandar 32 iaitu dua orang belia untuk menghasilkan resume yang lengkap dan betul menggunakan Microsoft Word bagi memudahkan mereka untuk memohon pekerjaan di masa akan datang. Aktiviti ini bertujuan untuk membantu belia meningkatkan soft skill dalam penggunaan komputer. Sekaligus dapat menjadikan PEDi sebagai one-stop center untuk meningkatkan kemahiran ICT dan soft skill mereka.
Aktiviti :
- Aktiviti ini dimulakan dengan sesi penerangan mengenai Microsoft Word yang mudah untuk digunakan bagi menghasilkan resume yang ringkas. Seterusnya, para peserta dapat menyiapkan resume mereka dan petugas juga menerangkan tentang kepentingan cover letter yang perlu ada pada resume mereka. Sepanjang tutorial ini berlangsung, petugas telah membantu para peserta untuk memastikan setiap butiran atau perkara penting ada dalam resume mereka.
_______________________________________________________________________________________