mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN NOVEMBER : E-SUKAN – HAK CIPTA & HARTA INTELEK DALAM E-SUKAN

Aktiviti / ProgramKelas Kesedaran E-Sukan
Tarikh16 November 2025
Masa4.30 petang – 5.00 petang
PesertaPelajar Sekolah Menengah

Objektif:

Kelas kesedaran E-Sukan “HAK CIPTA & HARTA INTELEK DALAM E-SUKAN” adalah untuk meningkatkan pemahaman peserta tentang kepentingan melindungi karya dan identiti digital dalam industri e-sukan, termasuk penggunaan logo, grafik, muzik, dan kandungan permainan yang berhak cipta. Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai hak serta tanggungjawab pemain, pencipta kandungan dan penganjur supaya mereka dapat mengelakkan pelanggaran hak cipta dan mengamalkan penggunaan bahan digital secara beretika. Selain itu, kelas ini turut menekankan cara melindungi jenama peribadi, identiti pasukan dan kandungan siaran, seterusnya mewujudkan komuniti e-sukan yang lebih profesional, beretika dan sedar kepentingan pematuhan undang-undang harta intelek.

Aktiviti:

Aktiviti kelas kesedaran E-Sukan “HAK CIPTA & HARTA INTELEK DALAM E-SUKAN” merangkumi sesi analisis kes sebenar tentang penggunaan logo, muzik atau kandungan permainan yang berhak cipta. Peserta turut terlibat dalam aktiviti “Sah atau Tidak?” untuk mengenal pasti contoh bahan digital yang melanggar hak cipta, serta latihan mencipta logo atau identiti pasukan mereka sendiri sambil memahami cara melindunginya melalui harta intelek. Program diakhiri dengan ikrar pemain beretika sebagai tanda komitmen peserta untuk menghormati hak cipta dan mengamalkan penggunaan bahan digital secara sah.

Gambar Aktiviti : FOTO NOVEMBER : E-SUKAN – HAK CIPTA & HARTA INTELEK DALAM E-SUKAN