mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN : PROGRAM ADVOKASI KDB & LITERASI ICT

Aktiviti / Program

Program Advokasi KDB & Literasi ICT

Tarikh

31 Januari 2020

Masa

9.00 am – 12.30 pm

Tempat

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Kemayan

Peserta

Pelajar Sekolah Rendah

Objektif Pelaksanaan : 

Program Advokasi Klik Dengan Bijak & Literasi ICT ini telah dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kemayan. Pihak Pusat Internet Kluster Bera telah bergerak bersama bagi menjayakan program advokasi tersebut dan akan dijalankan setiap bulan mengikut sekolah yang berdekatan dengan Pusat Internet sekitar Bera. Program ini secara tidak langsung bagi mempromosikan Pusat Internet yang telah lama diwujudkan.

Aktiviti :

1.Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)

Sebagai seorang pelajar mereka harus didedahkan kepada kesedaran penyalahgunaan internet dan komputer yang sering berlaku pada masa kini. Program kesedaran seperti ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang cara penggunaan internet yang bijak kerana mereka terlalu terdedah dengan penggunaan gajet secara tidak terkawal.Setelah taklimat berakhir, mereka diberikan soalan kuiz secara spontan oleh petugas Pusat Internet.

2. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Seni Kreatif (Powerpoint)

Pelajar ditugaskan untuk menghasilkan poster menggunakan Microsoft Powerpoint secara berkumpulan. Mereka diberikan tajuk ‘Pelajar Pintar Sekolah Cemerlang’

Kuiz ICT

Setiap kumpulan diberikan 5 kuiz bertulis. Mereka perlu menjawab kuiz tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Kuiz adalah berkaitan dengan taklimat KDB dan ICT

 

*Gambar Aktiviti Disini*