Aktiviti / Program |
Program Hari Dashboard Sesi Ogos 2017 |
Tarikh |
18 Ogos 2017 |
Masa |
8.00 pm – 1.00 pm |
Tempat |
Pusat Internet 1Malaysia Bandar 32 |
Peserta |
71 Orang Komuniti Setempat |
Objektif Pelaksanaan :
Program ini telah diadakan bertujuan untuk mempromosikan Aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti sekitar khususya MyKomuniti, MyShop, MySoal, My Health dan MyPlace di sekitar kawasan Bandar 32. Secara tidak langsung, program ini juga dapat meningkatkan bilangan keahlian baru Pusat Internet 1Malaysia, menarik minat semua golongan datang ke Pusat Internet 1Malaysia, mengeratkan ukhwah diantara masyarakat setempat dan menyediakan satu platform untuk mempromosikan produk diatas talian. Pihak Pusat Internet 1Malaysia juga turut mengadakan beberapa aktiviti kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan.
Aktiviti :
1. Taklimat Dashboard
Taklimat dashboard dan pengenalan Pi1m disampaikan oleh pengurus PI1M Bandar 32 kepada semua pengunjung. Bagi memastikan semua peserta atau pengunjung memahami aplikasi ini, mereka diberikan 5 soalan kuiz spontan berkenaan dengan aplikasi dashboard ini.
2. Walk In Dashboard/ Jejak Kenali Dashboard
Aktiviti bertujuan untuk memperkenalkan kepada semua peserta secara praktikal cara untuk menggunakan dashboard. Pihak PI1M menyediakan 5 Kaunter Aplikasi dashboard iaitu Kaunter 1 (Muat Turun Apps Dashboard), Kaunter 2 (Mykomunti), Kaunter 3 (Mysoal), Kaunter 4 (Myhealth). Di situ mereka akan lenih mengenali dan mengetahui apakah fungsi aplikasi dashboard.
3. Muat Turun Apps Dashboard
Pihak Pi1m juga menyediakan voucher untuk setiap pengunjung bagi tujuan penebusan. Syaratnya adalah pengunjung harus menjadi ahli PI1M, memuat turun aplikasi dashboard di telefon pintar dan login ke dalam aplikasi dashboard. Setiap pengunjung yang memenuhi syarat boleh menebus hadiah yang telah disediakan oleh pihak PI1M.
4. Taklimat/ Tutorial Myshop & Mykomuniti Bersama Usahawan
Peserta diberi penerangan mengenai aplikasi Dashboard Komuniti serta menggunakan gambar hasil fotografi untuk dimuatnaik ke dalam laman My Shop bagi mempromosikan produk mereka. Setiap Peserta melakukan tutorial memasukan produk mereka ke dalam website Dashboard PI1M (My Shop).
5. So You Think You Know Dashboard – Kahoot (Semua Kategori)
Pada akhir program pengunjung disediakan dengan 20 soalan berkenaan kemerdekaan dan Dasboard. Mereka perlu menjawab menggunakan telefon pintar menggunakan aplikasi Kahoot.