Aktiviti / Program |
Animasi Powtoon : Makna Sebenar Hari Malaysia |
Tarikh |
8 September 2019 |
Masa |
10.30 am – 12.00 pm |
Peserta |
Pelajar Sekolah Rendah |
Objektif Pelaksanaan :
Kelas ini telah dijalankan bagi memberi pendedahan baru kepada peserta tentang aplikasi Powtoon untuk menghasilkan video animasi yang menarik. Setiap pelajar diajar secara asas untuk menggunakan aplikasi powtoon bagi menghasilkan video pendek yang bertajuk Makna Sebenar Hari Malaysia. Secara tidak langsung kelas ini juga dapat membantu peserta untuk lebih menngetahui sejarah dan memupuk rasa cinta kepada pelajar terhadap negara Malaysia.
Aktiviti :
Pada mulanya para pelajar diberi penerangan oleh petugas apa itu aplikasi powtoon. Mereka terlebih dahulu perlu menulis nama serta maklumat peribadi sebagai permulaan / pembukaan video. Setelah selesai menaip dan memasukkan gambar mereka diajar cara untuk membuat animasi supaya video tersebut kelihatan lebih menarik. Setelah siap, mereka diajar cara untuk menyimpan video tersebut.