| Aktiviti / Program | PROGRAM KHAS SAMBUTAN MERDEKA DAN HARI MALAYSIA @ NADI |
| Tarikh | 7 September 2025 |
| Masa | 9.00 pagi – 1.00 tengahari |
| Peserta | Komuniti |
Objektif :
Objektif Program Khas Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia @ NADI adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta cintakan negara dalam kalangan masyarakat setempat, meningkatkan kesedaran tentang sejarah dan kepentingan perpaduan, menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti berteraskan nilai kebangsaan, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga setempat.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Khas Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia @ NADI ialah pendaftaran keahlian baharu, saringan kesihatan percuma, pertandingan mewarna, pertandingan hiasan kek bertemakan kemerdekaan, tayangan wayang pacak, kuiz kemerdekaan, sesi Live bersama YB Menteri Komunikasi serta kelas kesedaran e-Sukan yang melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.
Gambar Aktiviti : FOTO SEPTEMBER : PROGRAM KHAS SAMBUTAN MERDEKA DAN HARI MALAYSIA @ NADI