Tarikh : 8 Julai 2018
Masa : 10.00 am – 12.00 pm
Tempat : Pusat Internet Bandar 32
Pelajar diajar cara untuk menggunakan internet memandangkan pelajar merupakan pelajar sekolah rendah yang tidak mahir dengan komputer dan juga internet. Mereka menggunakan enjin carian google untuk mencari bahan dan juga maklumat bagi tujuan menghasilkan buku skrap. Mereka turut diajar cara bagaimana untuk menyimpan bahan yang dicari ke dalam dokumen yang mana bahan tersebut akan dicetak untuk ditampal di dalam buku skrap mereka.