Burger Besar yang dikendalikan oleh sepasang suami isteri yang berasal dari Taman Lamanda, Bera, Pahang. Burger besar mereka mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di sekitar Bera. Rata-rata pembeli yang pernah merasai burger besar tersebut sangat berpuas hati dengan saiz burger yang besar dan harga yang berpatutan. Mereka menyediakan pembelian secara COD serta menerima tempahan untuk majlis.
Sumber Foto : Facebook Faiqah Aziz