DAERAH BERA
Daerah Bera pada mulanya merupakan sebahagian daripada Daerah Temerloh. Bera diisytiharkan menjadi daerah kesebelas di Negeri Pahang secara rasmi pada 1 Januari 1992. Nama Bera digunakan bersempena Tasik Bera yang juga merupakan tasik semulajadi terbesar di Malaysia. Pegawai Daerah pertama yang dilantik bagi menerajui daerah ini ialah Encik Che Moin bin Umar.
Daerah Bera mencakupi kawasan seluas 221,444 hektar(2,214 kmpersegi). Daerah ini bersempadan dengan daerah Temerloh di sebelah utara, Maran dan Rompin di sebelah timur, Bentong di sebelah barat dan Jempol (Negeri Sembilan) serta Segamat (Johor) di sebelah selatan. Daerah Bera dibahagikan kepada 2 mukim iaitu Mukim Triang dan Mukim Bera. Kebanyakannya kawasan telah dibangunkan sebagai kawasan pertanian selain diwartakan sebagai hutan simpan.
Jumlah penduduk Daerah Bera adalah seramai 93,800 orang (berdasarkan bancian pada tahun 2007). Bandar Bera telah dijadikan pusat pentadbiran daerah manakala Bandar Triang berperanan sebagai pusat komersil. Terdapat 20 buah kampung tradisional di dalam daerah ini dan 8 buah kampung baru. Selain itu, 14 buah penempatan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dengan bilangan peneroka seramai 5,384 orang. Dikawasan sekitar Tasik Bera pula terdapat 7 buah perkampungan orang asli dari suku Semelai yang hanya terdapat di dalam daerah ini sahaja.
Sumber ekonomi utama Daerah Bera ialah pertanian terutamanya perladangan kelapa sawit. Terdapat hampir 40 buah ladang kelapa sawit di daerah ini termasuk milik Felda Plantations, FELCRA dan estet swasta. Selain itu Tasik Bera yang telah diwartakan sebagai Tapak Konservasi RAMSAR turut menjadi lokasi tumpuan pelancong dan pusat kajian saintifik.
Anggaran Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik
Kumpulan Etnik |
Jumlah |
Peratus (%) |
Bumiputera |
60,800 |
63.5 |
Cina |
22,300 |
23.3 |
India |
4,600 |
4.8 |
Lain-lain |
8,000 |
8.4 |
Jumlah |
95,700 |
100.0 |
Trend Penempatan
i |
Penempatan Kampung-Kampung Tradisional |
53 Buah ( 16 Buah JKKK) kebanyakannya di kiri dan kanan sepanjang Sg. Pahang |
ii |
Penempatan Kampung-Kampung Baru |
8 Buah ( 5 Buah daripadanya diwujudkan semasa darurat ) kebanyakannya terletak di sepanjang laluan keretapi |
iii |
Penempatan Rancangan Felda |
26 Buah ( 6 JKKK, 8 JKKR dan 12 penempatan estet Felda Plantation ) |
Iv |
Penempatan Orang Asli |
17 Buah (kebanyakannya di kawasan Ramsar Tasek Bera) |
Maklumat Parlimen Bera, ADUN, Penghulu, Pegawai Daerah & Pengerusi KRT Bandar 32
Ahli Parlimen Bera |
Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob |
ADUN Kemayan |
En. Khaizulnizam Bin Mohamad Zuldin |
Penghulu Mukim Bera 1 |
En. Saharil Apindi Bin Ahmad |
Pegawai Daerah Bera |
Dato’ Zaman Azam Bin Mohamat Sarif @ Ahmat |
Pengerusi KRT Bandar 32 |
En. Roslan Bin Mansor |
*Sumber Anggaran Penduduk & Trend Penempatan daripada Portal MAJLIS DAERAH BERA*