mcmc
Maklumat NADI

MAKLUMAT NADI BANDAR 32

Selamat Datang kepada pengunjung laman web Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bandar 32. Untuk makluman, penubuhan NADI Bandar 32 adalah inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad dan MSD Digital Inteligence. Projek NADI Bandar 32  ini adalah satu pendekatan untuk merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam rangka pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya NADI Bandar 32 ini, kami dari wakil NADI Bandar 32 berharap komuniti setempat akan lebih terdedah dengan segala maklumat berkaitan teknologi ICT yang semakin membangun mengikut arus kemodenan dunia kini.

Buat makluman, NADI Bandar 32 menyediakan perkhidmatan penggunaan komputer bagi komuniti, kemudahan internet secara percuma, perkhidmatan photostat dan sebagainya. Kami di NADI Bandar 32 juga turut menyediakan latihan ICT buat komuniti bagi membantu komuniti lebih mengenali ilmu teknologi di mana secara tidak langsung boleh membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi komuniti setempat serta mengurangkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar. Selain itu, NADI Bandar 32 ini menerima kehadiran komuniti dari pelbagai golongan dan tidak dihadkan hanya kepada satu golongan sahaja. Kami menerima pelajar sekolah, belia, usahawan, warga emas, golongan profesional, golongan OKU dari pelbagai kaum. Di harapkan dengan wujudnya NADI Bandar 32 ini, dapat mewujudkan komuniti yang celik IT serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan dan aktiviti yang di sediakan di NADI Bandar 32 ini.

Objektif NADI Bandar 32 :

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

WAKTU OPERASI

Isnin – Ahad

( 9.00 pagi – 6.00 petang )

Rehat 1.00 pm -2.00 pm

*Ditutup pada hari cuti umum

MAKLUMAT PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) BANDAR 32:

BANDAR 32

Alamat

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bandar 32
Pusat Komuniti Bandar 32

Bandar Bera
Pahang Darul Makmur

Mula Operasi

1 April 2015

Mukim

Bera I

Daerah

Bera

Parlimen

Bera

Dun

Kemayan

Petugas

Norafiza Binti Sidek

Nor Hashikin Biniti Ismail

Email

m.bdr32@tm.nadi.my

Portal

bandar32.nadi.my

Facebook

NADI Bandar 32

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN 

1

Penggunaan Komputer & Internet

2

Cetakan 

3

Fotostat

4

Scan

5

Laminate

6

Binding 

7

Latihan Keusahawanan

8

Asas Internet

9

Desktop Publishing (Microsoft Office)

10

Pengenalan Asas Komputer

11

Aplikasi Elektronik (E-pembelajaran, E-kerajaan dll)