Tarikh : 13 November 2019
Masa : 11.00 am – 1.00 pm
Tempat : Pusat Internet Bandar 32
Aktiviti mengarang artikel menggunakan Microsoft Power Point bertemakan Kepentingan Internet Kepada Masyarat merupakan salah satu aktiviti sempena Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Bandar 32. Peserta terdiri daripada 20 orang pelajar SMK Bera Bandar 32, dimana mereka perlu menaip artikel yang telah disediakan serta menghasilkan artikel yang menarik dengan tambahan imej dan latar belakang yang bersesuaian. Hasil artikel yang telah siap perlu disimpan dalam bentuk JPEG (format gambar) dan kemudiannya peserta perlu memuatnaik ke dalam MYKomuniti pada hari program untuk dipertandingkan.