mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

PELANCONGAN

tasikbera

TAPAK RAMSAR TASIK BERA

 

Kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan bagi sekitar penduduk di kawasan Bera ini ialah Tasik Bera kerana ianya kawasan pelancongan yang paling hampir yang ada di sekitar Pahang ini. Jarak perjalanan dianggarkan 30 kilometer dari Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Bandar 32 untuk ke Tapak Ramsar Tasik Bera dan mengambil masa dalam setengah jam sahaja kerana keadaan jalan yang sudah dibaik pulih.

Tasik Bera merupakan tasik air tawar yang terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 61,380 ha dan terletak di bahagian Tenggara Negeri Pahang. Kawasan ini dijadikan sebagai Tapak Ramsar yang merupakan pertama di Malaysia diwartakan semasa Sidang Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa pada 10 November 1994. Tujuan mewartakan menjadi Tapak Ramsar ialah untuk mengekalkan ciri-ciri ekologi tanah lembap tersebut dan di samping membenarkan penggunaan sumber-sumbernya secara mampan.

Ekosistem dan biodiversiti di Tasik Bera adalah pelbagai dan unik. Tumbuhan keladi paya (Cryptocoryne Purpurea) merupakan spesies endemik di Tasik Bera. Orang Asli Semelai merupakan komuniti pribumi yang bermasstautin di tanah Tasik Bera sejak 600 tahun dahulu lagi. Komuniti ini bertutur dalam bahasa Semelai dan menggelar diri mereka sebagai Semaq Tasek yang bermaksud “Orang Tasik”. Sejak dahulu lagi komuniti ini bergantung kepada tasik ini sebagai survival hidup mereka.

Selain itu, pelbagai aktiviti boleh dijalankan di Tasik Bera ini, antaranya perkhemahan, memancing, berkayak, dan sebagainya. Pengunjung juga boleh memilih untuk menginap di chalet yang disediakan dengan harga berpatutan. Bagi mereka yang mencintai alam sekitar, Tasik Bera merupakan pilihan yang terbaik.

 

ramsar-2

ramsar-13

 

 Gambar sumber http://qozekphotography.blogspot.com/