Tarikh : 23 & 24 Februari 2018
Masa : 9.00 pm – 11.00 pm & 7.30 pm – 12.00 pm
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Bandar 32
Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan Portal Sebenarnya.My di Daerah Bera. Portal SEBENARNYA.MY telah dilancarkan bagi membolehkan orang ramai menyemak kesahihan berita yang menular di laman sosial. Portal yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu merupakan antara usaha kerajaan untuk MENGEKANG PENYEBARAN BERITA PALSU bagi memastikan masyarakat menerima berita yang benar-benar sahih.