mcmc
Persatuan Wanita

REWANG – HELWANI DESA JELAWAT

Rewang berasal dari bahasa Jawa yang membawa maksud beramai-ramai membanting tulang bergotong royong dalam menyediakan persiapan sesuatu majlis.  Kerja Rewang ini selalunya dilakukan beberapa hari sebelum majlis dilangsungkan. Bagi menyediakan persiapan hari kenduri, bantuan diperlukan dari jiran terdekat serta saudara mara. Persiapan rapi untuk bahan masakan, kerana mereka ini juga akan rewang bersama untuk memasak lauk pauk untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.